13 tips melancong dari pengalaman kak Mawar sendiri

Assalamualaikum semua..

Ada tak kat sini yg kaki melancong? Tak kiralah dalam negara atau luar negara. Macam mana persiapan korg sebelum pergi melancong ni yer? Apa yg perlu disediakan, apa yg nak dibawa.. Uisshh.. Kalau tak plan awal2 mmg kelam kabut dan carca merba nanti.

Since ramai yg tanya apa yg selalu kak Mawar buat, apa nak packing bagai, so, kat sini kak Mawar nak share beberapa tipslah.. cara kak Mawar. 🙂

Booking flight tiket awal
Untuk you all yg nak travel guna flight, memang kak Mawar suggest beli tiket awal2. Awal setara mana? Lagi awal lagi bagus… mcm 6 bulan sebelum ker. Kenapa kena beli tiket awal? Sebab kita nak beli tiket murah. Sekarang dah senang sgt beli tiket flight. Semua online jer. Oh yes.. jgn lupa ambil travel insurance sbb kalau bag hilang atau miss flight ker, delay ker, airline company tu akan beri pampasan dlm bentuk hotel tempat menginap atau flight ticket atau cash beli barang keperluan. Kena tgk terms and conditions.

Connecting flight
Kalau korg booking 2 flight yg berasingan utk ke sesuatu destinasi, cth : PEN-KUL satu flight, KUL-PDG satu flight, beza masa antara 2 flight tersebut mestilah at least 7 jam aparts. Sebab takut flight pertama tu delay dan terlepas pulak flight kedua. Believe me. I’ve experienced this!! haha.. Kami anak beranak telah buat larian pecut kat airport tu mcm sprinter kat Olympic games sbb nak kejar flight kedua.. nasib baik sempat!!  Pheww..

Check passport punya expiry date
Pastikan passport korang tu at least 6 bulan sebelum expired.

 

Buat check list
Dua minggu sebelum berangkat, seelok-eloknya buat checklist. Apa yg terlintas difikiran, semua kena jot down. kalau tak tulis, confirm lupa. Aku letteww. heheh.. Cth : passport, tukar duit, tutup semua suis, buang sampah, web check in..etc.. etc..

Buat salinan document penting
Fotostat muka depan passport tu dan simpan dlm bag. Just in case kalau passport kita hilang.

Bawa wang tunai yg mencukupi sahaja
Jangan bawa duit cash byk sgt cth: RM 10 ribu.. Actually korg boleh check dgn bank korg if korang punya credit/debit card boleh diguna pakai kat oversea. Kalau maybank, boleh activate card korg through maybank2u online. You all don’t worry sbb korg boleh keluarkan cash dari ATM machine oversea.

Always study the country you are going to
Jgn malas nak study yer. Mr.Google kan ada. Baca travelers’ reviews. Check cuaca kat sana mcm mana. Nak kena bawa baju tebal ker. Kalau tak pergi dgn agen pelancongan, mungkin korg kena survey hotel. Hotel? Trivago. Hahaha.. Kat mana restoren halal, kat mana nak solat selain tempat2 tourist spot. Transportation ke tempat2 ni.. bas, train, etc..

Telekomunikasi – nak roaming atau guna local sim card?.
Kak Mawar suggest korg guna local sim card sbb lebih murah.Cari package internet. Sbb dgn internet pun korg dah boleh call guna mcm2 call apps.

Jangan malu guna peta
Tak tahu jalan? Well, skrg dah ada internet dan google map, guna jer. 🙂

Cubalah makanan local kat sana
Yakin halal, makan jer. Bila lagi nak experience. Especially street food. Jgn asyik teringat nasi dgn sambal belacan jer. Ahaks…

 

Beli kasut yg sesuai dan selesa
Kita akan banyak berjalan bila melancong ni. So, it is good if you have a pair of comfortable walking shoes. Tengok juga cuaca ya. Jgn pakai ‘sandal yg selesa’ during winter pulak.

Tengok kiri kanan bila melintas jalan
Kena ingat.. Tak semua jalan raya sama arah traffiknya mcm M’sia. Lorong kanan atau kiri? Kdg2 confuse kann…

Ambil gambar banyak2!!
Last skali, jgn lupa ambil gambar banyak2. Inilah satu2nya barang kenangan yg paling berharga. Make sure bawa power bank yer.. Oh yes.. power bank yg dibenarkan dibawa ke atas flight ialah 30000mAh. Anyway, korg boleh check dgn airlines yg korg pilih ya..

Kak Mawar harap info yg tak seberapa ni boleh membantu korg utk plan apa yg patut dibuat sebelum dan semasa melancong.

Happy travelling peeps!! Havva great vacation!!

Love, kak Mawar.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Skip to toolbar