Bukittinggi Sumatera Trip

Assalamualaikum readers semua..

Kali ni kak Mawar nak bawa korg ikuti kisah vacation kak Mawar ke Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia pd hari raya haji lps.

Disebabkan semua nak ikut (adik2 dan emak) so, perancangan mmg kami buat awal2 lagi. Just imagine.. nak pergi akhir bulan Ogos. Start berbincang tu awal2 tahun lagi. Ye lah nak kena plan betul2 nak ambil cuti lah.. minggu periksa sekolah anak2 lah.. Tak ramai pun adik beradik kak Mawar ni. Tapi nak boleh berkumpul tu susah gilerr.. haisszz…

 

Perancangan awal

Kali ni kami travel tak guna travel agent pun. Semua research sendiri kat internet.

Utk flight, kak Mawar booked Airasia. Flight ke Padang tak der yg direct dari Penang.. semua dari KL. So from Penang kak Mawar fly ke KLIA dulu. Balik dari Padang pun mcm tu. Turun KLIA, fly pulak balik Penang. Fuhhh… penat jugak beb. Nsib baik anak2 dah besar2. Masing2 pun bawa beg masing2.

Airport Penang

Utk hotel, kak Mawar book through Booking.com. Grand Rocky Hotel, Bukittinggi. Sgt2 senang. Tak perlu bayar masa booking pun. Dah tu, kalau tak jadi, boleh cancel for free. Kami hanya bayar bila dah sampai kat kaunter check in hotel tu. Kak Mawar ambil dua bilik King Deluxe utk 4 malam. Bilik dia best..!!  Room is bigger than most in Bukittinggi. Good breakfast included. 4-star hotel.

Utk transportation, kak Mawar just Google dan dpt contact number Sykt. Raun Sumatera. Ofis dia mmg kat Bukittinggi. Kami communicate through wsapp jer.. Harga diorg pun not bad. Utk keluarga besar kami (17 org), diorg rekemen naik coaster mcm bas kecik tu. Sehari IDR 1 juta (dlm RM 330). Nak pergi mana, just bgtau sj kat driver tu. Tak strictly fix pun lokasi2 mana nak pergi spt dlm schedule. Mcm kami ni asyik request nak ke tempat2 shopping dan makan best2 jer.  Haha… sabau jer laa driver bas tu. Dia follow jer request kami ni. Suruh patah balik ke tempat yg dah pergi tadi pun dia pergi.

 

Day 1 – 29 Aug 2017

Flight KUL-PDG took off pukul 7.50 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Bandara Minangkabau (airport Padang) pd pukul 8.00 pagi (waktu Indonesia). Hahaha.. nampak mcm 10 minit dah sampai kan. Actually kita awal sejam dari sana. Actual flight time is about 1 hour.

Bangunan belakang tu ialah airport. Unik kan..

Sampai airport Padang, dah clear immigresen dan kastam Indonesia, bas Raun Sumatera dah sedia menunggu kami kat luar. Diorg ni tolong bawa beg2 masuk ke dlm bas. Lalu bermulalah perjalanan kami ke Bukittinggi yg terletak lebih kurang 70 km dari airport. Kalau kat Msia, 70 km tu setengah jam jer dah boleh sampai kan, sbb ada highway bagai. Kat sini jalan diorg lebih sempit.. mcm jalan kampung2.. so nak sampai tu, ambil masa 2 jam lebih jugak laa… Tp yg best tu, along the way tu mcm2 tempat kami singgah.

Ini bas kami..

Tu diaa.. muat semua 17 org.

 

First stop sarapan pagi kat sebuah kedai makan.. kami makan lontong kuah lemak pedas pucuk paku. Fuhhh… mmg betul2 pedasss… tapi sedapppp….

Dah habis makan, kami teruskan perjlnn. Semakin hampir ke Bukittinggi, perjalanan semakin mendaki sbb Bukittinggi ni kira highland la jugak. Tapi tak ler sesejuk Cameron Highland tu.

Next, kami singgah kat air terjun Anai. Tiket masuk : Dewasa IDR 3000 (RM 1) Kanak2 IDR 2000 (RM 0.60). Cantik betul air terjun niii… suasana kat sini mmg sgt menyegarkan sbb boleh rasa angin tiup titisan2 halus air terjun tu. Apa lagi.. Jom selfie…!!!

Dah puas berselfie, kami teruskan perjlnn dan singgah pula di Minang Village. Ada entrance fee tapi kak Mawar tak ingat berapa IDR. Kat sini mmg betul2 terasa semangat Minangkabau… baru dpt lihat dgn mata kepala sendiri rumah gadang yg penuh dgn ukiran2 kayu pada setiap dindingnya. Ya Allah…!! Mmg seni betul. Rajinnya org dulu2 berukir.. bukan sikit2 punya ukir. Habis satu rumah diorg ukir. Fuhh… kagum2. Kat sini kami diterangkan oleh seorg petugas tentang Rumah Gadang ni. Siapa yg sepatutnya tinggal di sini… Berapa byk family yg boleh menetap di sini.. Kalau tetamu family A dtg, kat mana nak duduk… Dapur kat mana.. Bahagian yg paling hujung kiri dan kanan tu kenapa lebih tinggi dan utk apa… Best sgt informasi ni.

Kat sini juga kami diberi peluang utk mencuba pakaian tradisi org Minangkabau. Jeng2… selfie lah lagiiiii…. Hahaha… Oh yes, pakai baju ni pun ada sewanya. Satu set seorg IDR 25000 (RM 8.50). Boleh laahh.. bila lg nak merasa..

Dah puas kat sini kami teruskan perjalanan ke pusat tenunan dan ukiran kayu di Pandai Sikek. Nama tempat ni Satukarya. Dah nama pun tempat tenunan, mmg byk ler kain2 tenun kat sini. Tudiaaa… start dah menyopping…. Haha…

Next stop.. lunch kat ‘Sederhana Nasi Padang’… yayyyy… Penat berjalan, perut pun lapar. Patutla lapar semacam jer.. hari pun dah petang.. baru nak lunch. Makan kat sini mmg affordable. Lauk mewah. Purata sorg dlm RM10. Apa2 pun Alhamdulillah… sedapnyaaa….

Habis makan, kami pun dihantar ke hotel. Check in, mandi2, solat, relax2. After maghrib, kami keluar lagi jalan kaki cari warung2 berdekatan utk dinner. Tak susah lah nak cari makan kat sini. In sha Allah korg boleh mkn tanpa was2 sbb org2 sini 100% Islam. Sepanjang2 jalan pun ada jer kedai mkn, warung dan gerai. Pilih jer apa yg berkenan seleranya.

 

Day 2 – 30 Aug 2017

Hari kedua, after breakfast di hotel, kami dibawa ke tempat perusahaan kerepek. Nama kedai dia Ummi Aufa Hakim. Mmg famous la tempat ni. Sbb kerepek2 yg dijual kat sini mostly dibuat di sini. Hahh… apa korg nak semua ada. Yg pelik tak der kat Msia.. kerepek kulit lembu.. kerepek chocolate goreng.. kerepek jagung biji.. kerepek Sanjai Balado.. kerepek sayur.. dan mcm2 lagi lah… Masuk kedai ni ambil bakul dan penuhkanlah bakul2 tu yer… hehe… Hangkut jer… beli utk ole2 balik Msia.

Oh yes.. lupa pulak nk bgtau. Kami beli sim card TELKOMSEL Indonesia kat sana utk berhubung sesama kami. Harga sekali dgn data network 5Gb ialah IDR 80000 (RM 25).

Next stop ialah Istana Pagaruyung. Bentuk dia mcm rumah gadang jugak tapi ianya lebih besar dan ada 3 tingkat. Of course ler besar… istana kann.. Boleh masuk dan melawat setiap bilik di setiap tingkat. Lebih kurang mcm museum jer. Pernah sekali diceritakan, istana ni terbakar disambar petir. Mmg totally habis. Yg ada skrg ialah binaan semula persis binaan asal dan sebahagian besar dana utk pembaikpulih ni adalah dari Istana Meranti, Negeri Sembilan. Adik bradik jauh niii… haha.. Kalau ikut cerita my auntie kat sana pulak, istana ni disambar petir sbb terkena/terlanggar sumpahan. Hmm.. mcm2..

Habis melawat istana, perut pun lapar, so, kita lunch dulu. Kami pekena nasi Padang kat restoren Laman Sawah. Restoren ni mmg betul2 dikelilingi sawah. Makanan dia pun mmg pure kampong style. Pedas berasap. Best giler… Kat sini juga disediakan surau dan tandas yang selesa. So, kami solat jamak Zuhur-Asar di sini.

Hentian seterusnya ialah Tasik Singkarak.  Tasik ini ialah tasik yg terbesar di pulau Sumatera. Lepas selfie2 serba sikit, kami pun teruskan perjalanan.

On the way, kami singgah kat gerai menjual kuih bika. Cara masak dia mmg tradisional habis. Api atas bawah. Rasa dia lebih kurang macam kuih dangai kita.

 

Day 3 – 31 Aug 2017

Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Walaupun jauh di negeri orang, hari kemerdekaan negara sendiri tetap diingati.

Hari ni atas permintaan ramai, kami start dgn berkungjung ke Pasar Ateh. Berkunjungla sangat. More to shopping actually.. hahaha… Kat sini, yang specialnya ialah kain sulam, telekung sulam, beg sulam… Cantik2 la sulaman dan kerawang hasil karya org2 kampung kat sini…!! Especially yg sulam tangan. Mmg original idea..!!

Habis shopping, kami dibawa menuju ke Danau (Tasik) Maninjau. So, nak tgk view tasik, yg paling cantik ialah dari puncak bukit. Haa.. baru boleh tengok secara bird’s eye view. Kami pun menuju ke puncak Lawang. Along the way, kami singgah di beberapa perhentian yg mmg cantik juga view bukit bukau dari situ. Sampai di atas puncak, dan bila tengok pemandangan tasik tu… Subhanallah !!! Tak terucap kata2 lain kecuali ya Allah.. ya Allah… Subhanallah.. Memang cantik sangat2 !! Ntahlah… tak dpt kak Mawar nak gambarkan dgn kata2. Korg kena dtg sini. Dengan hembusan bayu yg dingin… kalau seharian duduk kat tebing tu melihat panorama pun boleh, kak Mawar rasa… jadi mcm gam.. melekatt…

Tak puas rasanya melihat keindahan alam ciptaan Allah… tapi apakan daya, kami harus terus bergerak ke destinasi seterusnya.. Driver bas bawa kami pergi melihat aktiviti penduduk di kawasan tu yg menanam tebu sebagai agriculture utama. Yang menariknya ialah cara org dulu2 perah tebu menggunakan kerbau. Dulu2 tak der mesin tebu… pastu tebu berladang2, mcm mn nak perah..? So mcm nilah caranya… Very interesting !!

Next, kami lunch kat rumah makan area berdekatan. Masakan mmg pure kampung… dgn suasana kampung… panorama kampung… Best gilerrr…. Tak sedar, makan nasi boleh bertambah berpinggan2.. haha…

After solat, kami minta driver bas pergi Pasar Ateh utk shopping lagi. Har har har…. sampai malam…. har har har ….

 

Day 4 – 1 Sep 2017

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua !! Maaf zahir dan batin !!

Hari ni kami akan pergi beraya dan membuat korban di kampung kelahiran arwah ayah iaitu di Galuang, Sungai Puar.

Datuk, nenek dan ayah dah lama pergi. Yg tinggal di kampung hanya saudara2 jauh. Warga veteran yg masih ada ialah nenek saudara. Gembiranya dia tak terhingga melihat kami datang!! Siap prepare lunch bagai. Ya Allah… susahkan nenek sj.

Kat sini rata2 penduduknya adalah petani. Kak Mawar mmg terpegun sgt melihat sawah2 padi kat sini bertingkat2 di lereng2 bukit. Kawasan sini sgt2 subur.. mungkin sbb kandungan mineral yg tinggi dari gunung berapi aktif yg berdekatan.

Jom berselfie kat sekitar rumah nenek… wahhh…

 

 

Day 5 – 2 Sep 2017

Hari ni pagi2 lagi kami check out hotel. Sebab perjalanan mengambil masa dua jam ke airport. Flight schedule pkl 4.15 pm. Chk in counter start pukul 2pm. Tapi sengaja kami keluar awal sebab nak singgah2 lg along the way dan tak nak rushing2.

Hmmm… korang tau… pergi 1 beg… balik 3 beg… Wahahahaha…. Tak cukup beg, pi beli lagi beg..

Hari ni driver bas suggest kita makan sate padang origanal yg famous kat Padang Panjang. Nama kedai ni ialah Sate Padang Mak Shukor.

Hmmm… best tak tau nak habaqqqq!! Sepinggan dlm RM7. Sate 7 cucuk plus nasi impit (ketupat nasi).

Habis makan, kami terus ke airport Bandara Minangkabau. Ngam2 kami sampai pukul 2 ptg. Chk in bags. Dan tunggu flight Airasia balik ke KLIA.

Alhamdulillah… walaupun delay sejam lebih, kami selamat tiba KLIA just on time to catch my flight back to Penang.

Overall vacation kali ni mmg sesuatu yg lain dari yg lain. Dah byk tempat kak Mawar travel, masing2 ada kelebihan masing2. Apa pun, setiap pengalaman mmg sgt berharga. Byk benda kami belajar.

Syukur ya Allah… sbb diberi kesempatan utk melihat keindahan alam ciptaanMu.

Next time kita melancong ke tempat lain pula. Hope you all enjoy reading this.

Bye for now.

Assalam..

 

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Skip to toolbar