bisnes

Seminar Magnet Rezeki

Assalamulaikum readers,

Alhamdulillah kerana telah diberi peluang oleh Allah utk berada di majlis ilmu yg penuh dgn ilmu2 kerohanian bersama2 Master Trainers TLC.

Majlis bertempat di dewan kuliah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Bangsar.

Team kak Mawar seramai 8 orang dari Kedah pun datang utk sesi ilmu kali ni. Mmg kak Mawar salute habis diorg ni sbb sanggup tinggalkan sekejap suami dan anak2 di kampong semata2 utk mencari ilmu. Terbaiklah hangpa semua !!! Jangan main2 dgn semangat hijau kuning org2 Kedah ni !! …walaupun kami pakai merah putih hari tu… hahaha…

To my surprise, apa yg disajikan hari tu, sikit pun tak sentuh pasal bagaimana cara2 nak berniaga, nak menjual, nak promote, etc., etc.. Sebaliknya 100% ilmu yg disampaikan adalah berunsurkan kerohanian.

Bagaimana kita ni selalu terlupa atau terleka yang bila dah bekecimpung dalam bidang bisnes ni, siapakah ‘boss’ kita sebenarnya.

 Utk nak dpt keberkatan rezeki dari Allah, mmg byk sgt perkara2 yg harus kita jaga. Dua perkara utama ialah 1) Hubungan kita dgn Allah 2) Hubungan kita sesama manusia.

 Kalau kita dah bertungkus lumus, berhempas pulas membanting tulang empat kerat, berniaga bagai nak rak, tapi income mcm krik krik krik jer, haa… mmg nak kena chk balik kat mana yg tersangkut.

Master Trainer CDM Al-Faath mmg betul2 membuka mata dan minda kami.

Apa yg penting ialah.. kejarlah akhirat.. pasti dunia akan kejar kamu selepas itu..

So, stay calm and just do our work. Kerja2 Allah, biar Allah yg buat.

Buat jer kerja2 kita tanpa jemu… dan dlm pada tu, jgn sesekali berhenti berdoa dan bertawakal kepadaNya. Buang jauh2 perasaan sombong dan ego terhdp Allah.. konon tak perlu berdoa bagai.. Nope, kita mmg sentiasa bergantung harap kpd Allah.

Inilah dia bonda dan ayahanda kami. Founder, mastermind dan peneraju group Top Leaders Circle. Ilmu berniaga mmg superb !! Tapi langsung tak kedekut untuk sampaikan kepada kami.

Ungkapan “Kalau nak kaya, kayakan org lain dulu” mmg dipegang erat. Kak Mawar pun mmg sgt2 percaya dgn konsep ni. Nak kaya dan berjaya? Kena kayakan org bawah sampai berjaya dahulu.

Oh yes.. ada juga sesi penyampaian award kepada yg baru capai diamonds. Hadiah special selected by TLC. Best sgt !!!

Ehh… ahkak pun hadoo… hahaha… Anyway, terima kasih byk2 utk ayah dan bonda TLC serta Master Trainers yg lain.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua especially rakan2 kongsi kak Mawar. Kalau kak Mawar dah berjaya sampai ke level DSM ni, korang pun sebenarnya mmg boleh sampai. Pegang dan percaya kuat2 !! Sememangnya korg sgt2 BOLEH !!!

 

 

Love,

Kak Mawar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*