melancong, travel, vacation

Cameron Highlands – family vacation

Raya ke-5 — Family trip ke Cameron Highlands

Tahun ni punya family trip, kami bercadang nak bercuti di Cameron Highlands. Dah semua adik beradik pakat balik kampung raya ni, so, semua dpt berkumpul serentak. Kalau tak mmg susah nk dpt cuti berkumpul mcm ni.

Dari Jerteh Terengganu, kami bergerak ikut jalan ke Kuala Krai – Gua Musang. Oh well.. time2 cenggini mmg jalan raya sgt sesak. Mmg tak boleh nk elak. Tu pun kami keluar awal pagi.

Jerteh – Gua Musang ada kut ambil masa dlm 4 jam hari tu. Sampai Gua Musang dah tengahari so, kami berhenti utk mkn tghari.

Habis mkn, terus naik ke Cameron Highlands. Jarak dari Gua Musang ke Tanah Rata Cameron Highlands ialah lebih kurang 119 km. Ambil masa dlm 2 jam.. depends on traffic condition.

Sepanjang2 perjalanan tu, tak der sgt perkampungan org asli seperti yg byk terdpt kalau ikut jalan Tapah – Cameron Highlands. Tapi, jalan agak lebar dan kurang belok2.

Sebelum masuk ke persimpangan Cameron Highlands, kami singgah kat masjid di Lojing. Masjid sgt cantik… tapi toilet mcm x der org jaga. Mungkin time raya kut masa tu.

 

Hari dah petang, so kami cadang nk beli sayur dan masak sendiri kat homestay jer nanti. Area Kea Farm mmg jem teruk. Tak boleh parking kat tepi2 jln mcm dulu. Ada polis trafik dtg menyaman. So, kami teruskan perjlnn ke area org jual sayur2, about 3 stops ahead.

Kat sini lebih selesa. Nak parking pun senang. Tak sesak sgt pun.

 

Homestay di Puncak Arabella, Tanah Rata

Disebabkan kami 7 adik beradik ikut serta holiday kali ni, maka kami pilih homestay utk penginapan yg lebih selesa. Utk menampung 7 keluarga ni, kami telah menyewa 3 apartment berdekatan.

Apartment Arabella – 3 bilik tidur, 2 bilik air. Ada tilam extra.

Siap ada dapur dan kelengakapan memasak spt dapur, periuk belanga, blender, rice cooker, microwave oven, peti sejuk dan sbgnya.

Harga satu mlm RM 250. Not bad at all. Sbb boleh masak sendiri. Save byk dah kat bab mkn. Masak pun simple2 jer. Yg penting, mesti ada sup sayur. Perghhh… sejuk2 hirup sup.. dgn sayur yg fresh dari ladang.. mmg heaven lahh.. haha..

Mlm2 mmg sejuk. Awal pagi lagi sejuk. Pagi Jumaat tu, suhu cecah 14C. Cehhh… fefeeling mcm kat Korea hari tu. Tapi bila tghari, tak terasa sgt sejuknya tu sbb matahari panas terik.

 

Sungai Palas BOH Plantation

Hari Jumaat tu, pagi2 lg kami dah bertolak ke Sungai Palas BOH Plantation. Bukan apa, sbb takut jem. Sebelum2 ni dah byk kali cuba nak masuk. Tapi sbb jem, kami terpaksa patah balik.

Kali ni pergi awal2, Alhamdulillah tak jem. Smooth jer. Haha.. ingatkan kami yg awal. Rupa2nya dah ramai manusia yg sampai lebih awal dari kami.

Kawasan parking pun luas.  Korang boleh naik tangga ikut lereng bukit atau naiik ikut jalan raya.

Kat atas tu mcm biasalah… ada tempat mengopi dan mengeteh. Ada mcm2 mknn kat situ. Mostly deserts. Oleh sbb tempat ni sgt eksklusif, maka harganya pun eksklusif jugaklah.

Harga dua potong kek ni RM 27. Oh em geeee….

 

Mossy Forest Gunung Brinchang

Dah alang2 sampai kat Sg.Palas dan traffik pun agak clear, kami naik terus ke Mossy Forest Gunung Brinchang. Dari Sg.Palas tu, ambil simpang ke kanan dan jarak ke Mossy Forest tu dlm lebih kurang 5 km lg.

Jalan ke Gunung Brinchang ni mmg mencabar gilerrrr… Jalan sempit, rosak, penutup longkang pecah. Suasana kiri kanan pula mcm filem2 thriller. Wooo… adventure habis.. suspens betul. hahaha,,,

Bila sampai ke lokasi, kami parking kereta di tempat yg disediakan. Ada tangga kayu disediakan untuk naik ke kawasan mossy forest. Jarak dari bawah ke hujung laluan berkayu tu ialah lebih kurang 100 meter. Sepanjang2 perjalanan tu, memang terdapat byk pokok yg akarnya di atas tanah, penuh dgn lumut. Mmg cantik sgt.

Di hujung perjalanan, utk mereka yg ingin teruskan hiking, boleh teruskan perjalanan lagi 3 km mengikut laluan hutan utk sampai ke Mossy Forest di puncak gunung Irau. Kami berhenti setakakat hujung laluan berkayu tu jer.Pastu patah balik. Geng2 lelaki nak solat Jumaat pulak.

 

Cameron Square

Sementara menunggu diorang solat Jumaat, kami geng2 pompuan pergi solat di surau kat Cameron Square. Lepas solat, kami ronda2 kat shopping complex ni. Belum byk kedai dibuka especially tingkat atas. Kat ground floor terdapat kedai2 spt Watsons, restoran nasi kandar, kopitiam dan beberapa buah kedai lagi. Banyak juga kiosk yg jual pakaian dan beg. TIngkat atas terdpt Trick Eye Museum sbg tarikan kat situ. Overall ok laa..

Cameron Lavender

Kali terakhir kak Mawar pergi Cameron Highlands dulu, dlm 3 thn lps, belum ada Cameron Lavender garden ni lg.

So, this is my first time here. Tiket masuk : Dewasa – RM10. Kanak2 – RM6.

Quite expensive sbb dlm tu tgk2 bunga and selfie2 jer pun. Anyway, mungkin time tu public holiday kut so harga dia pun naik skit.

So inilah suasana dlm Cameron Lavender garden tu.

Well, ini saja tempat2 yg sempat kak Mawar cover dlm trip 2 hari ke Cameron Highlands kali ni. Of course sebelah malam ada pasar malam yg famous tu. Siap duit saja… hehe..

Traffic? Haha.. mcm biasalah… kalau pergi time cuti sekolah atau public holiday mmg jem ler.. Alhamdulillah masa kak Mawar pergi tu dah penghujung cuti sekolah. Agaknya ramai yg dah balik, so tak berapa nak jem sgt la kat atas tu.

Bg kak Mawar yg paling best sekali datang Cameron Highlands ni ialah sebab cuacanya yg sejuk dan keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yg mmg menusuk jiwa. Subhanallah !!!

Love,

Kak Mawar

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*