eksperimen, kulat

Eksperimen kulat Zuhairah.

Assalamualaikum readers semua,


Hopefully uollz sihat, ceria dan positif sentiasa. Jangan putus untuk meminta kepadaNya supaya ditambahkan lagi kasih sayang dan rahmatNya kepada kita.

Ok uollz, entry kali ni nak cerita sikit pasal ujikaji sains anak I yang darjah 6 tu. Cikgu suruh buat eksperimen mikro organisma.. So, Zuhairah kena sediakan dua keping roti. Sekeping tu kena renjis sedikit air. Sekeping lagi tu kena basahkan sampai lencun. Hmmm… betul ker ni.. I pun tak tau…

So dia masukkan dua keping roti tadi dalam plastik yang berlainan. Pastu dia letak label “A” dan “B”.

Bila dah seminggu, dah tiba masa bagi kat cikgu.. tgk2 roti dia tak berkulat langsung. Hahaha… I pun nak tergelak dan hairan juger…



Zuhairah: “Mama… kenapa roti ni tak tumbuh kulat lagi..? Dah seminggu Zuhairah jemur kat panas..”

Mama: “Jemur..?”

Zuhairah: “Ya… cikgu suruh letak kat panas..”

Mama: “Biar betul… Cikgu suruh letak kat panas ker, kat cahaya..? Kalau jemur kat panas, kering ler roti tu… Mana ada kulat nak tumbuh..?”

Abah: “Hmmm… awat tak boh roti tu dalam kuali jer..?”

Zuhairah: “Kuali..? Kenapa kuali, abah..?

Hahahaha… I dah terkeluar air mata gelakkan Zuhairah yg kena perli dek abah.. tapi sampai ke sudah tak faham…

Pastu I tanya lagi…
Mama: “Habis.. apa jadi dengan roti tu..?”

Zuhairah: “Semut hurung…”

Hahahaha…. ampunnn makk… nak terkencing dah ni haa…

Masa I tulis entry ni.. Zuhairah risau.. Risau takut cikgu dia baca blog ni… Nanti kena marah dgn cikgu…  Hahahaha… 

Lawak la hang ni Zuhairah…!!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Premium Beautiful Sungai Petani

012-5676475 (Mawar)




2 thoughts on “Eksperimen kulat Zuhairah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*